Selain model Honda CMX1100 Rebel 2024, turut tampil dengan warna baharu di pasaran Eropah baru-baru ini ialah Honda CMX1100T Rebel 2024. Model tersebut kini didatangkan dengan pilihan warna tunggal “Gunmetal Black Metallic with NEW bronze wheels”. Warna berkenaan sebenarnya sama sahaja dengan warna pada model Honda CMX1100T Rebel 2023, kecuali kemaskini warna pada rim rodanya. Spesifikasi teknikal dan ciri-ciri lain kekal sama dan tiada sebarang perubahan.
Honda CMX1100T Rebel 2024 didatangkan enjin 1,084cc (SOHC, liquid-cooled, 4-stroke, 8-valve parallel twin with 270° crank and Uni-cam) dengan pilihan transmisi MT atau DCT. Keluaran kuasa maksimumnya 86hp @ 7,000rpm dengan tork 98Nm @ 4,750rpm. Selain itu ianya juga dilengkapi Throttle by Wire, empat mod tunggangan (Standard, Rain, Sport, User), Honda Selectable Torque Control (with integrated Wheelie Control), Cruise Control, dan juga sistem brek ABS dua saluran.