Suzuki V-Strom 1050 2023 kini di Malaysia, harga RM 78,800.00

Suzuki Malaysia kini menawarkan model adventure terbaharu Suzuki V-Strom 1050 2023. Model berkenaan hadir dalam dua pilihan warna menarik Pearl Vigor Blue dan Glass Blaze Orange, dan ianya merupakan model CBU dari Jepun. Harga asasnya ialah sebanyak RM 78,800.00. Enjinnya bersesaran 1,037cc (4-stroke, liquid-cooled, DOHC, 90˚ V-Twin) dan dipadankan sistem transmisi enam kelajuan. Prestasi maksimumnya 107.4PS @ 8,500rpm dengan tork 100Nm @ 6,000rpm.

Antara spesifikasi menarik pada Suzuki V-Strom 1050 2023 ini ialah seperti panel instrumen TFT 5.0 inci, Bi-directional Quick Shift System (QS), naik taraf kerangka twin-spar aluminium yang kini lebih kukuh dan lebih ringan, sistem lampu LED, cowl di bahagian bawah enjin terbaharu, Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.), tangki bahan api 20 liter, dan tayar bersaiz 19 inci (depan) dan 17 inci (belakang). Tinggi tempat duduk 855 mm, jarak kelegaan bumi 165 mm, dan berat 242 kg.