Kawasaki Ninja 1000SX 2024 di pasaran Malaysia – RM 71,400.00

Selain model Kawasaki Versys 1000 SE 2024, juga diperkenalkan oleh EMOS baru-baru ini ialah Kawasaki Ninja 1000SX 2024. Model sports touring itu kini tampil dengan skim warna baharu iaitu Emerald Blazed Green / Metallic Diablo Black / Metallic Graphite Grey. Harga asasnya pula masih sama seperti sebelumnya iaitu sebanyak RM 71,400.00. Enjinnya 1,043cc (liquid-cooled, 4-stroke in-line four, DOHC) dengan transmisi enam kelajuan, A&S Clutch dan Kawasaki Quick Shifter.

Hamburan kuasa mencapai 140hp @ 10,000rpm dengan tork 111Nm @ 10,000rpm. Tangki bahan api berkapasiti 19 liter, tinggi tempat duduk 835 mm, dan berat penuhnya 235 kg. Kawasaki Ninja 1000SX 2024 juga dilengkapi unit IMU, KCMF (Kawasaki Cornering Management Function), KIBS (Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System), 3-Mode KTRC (Kawasaki TRaction Control), Power Modes, Electronic Cruise Control, dan paparan TFT berwarna dengan Smartphone Connectivity.