Di pasaran Eropah, salah sebuah model skuter menarik yang ditawarkan oleh Honda ialah Honda SH350i 2024.
Model tersebut kini telah menerima dua pilihan warna baharu Zefiro Blue Metallic dan Matt Techno Silver Metallic, manakala empat pilihan warna terdahulu iaitu Matt Coal Black Metallic, Matt Ruthenium Silver Metallic, Pearl Cool White dan Black kini tampil dengan rim roda dan perincian berwarna hitam.
Di bahagian enjin, Honda SH350i 2024 kekal dikuasakan enjin bersesaran 330cc (liquid-cooled, 4-stroke, SOHC, single-cylinder) dengan padanan sistem transmisi automatik V-Matic.
Enjin yang cekap dan ekonomi itu menawarkan kuasa maksimum 28.83hp @ 7,500rpm dengan tork puncak 32Nm @ 5,250rpm.
Untuk pasaran Malaysia, setakat ini belum ada maklumat sama ada model skuter ini akan turut dilancarkan oleh Boon Siew Honda.