Honda RS150R 2024 diperkenalkan dengan dua warna baharu, harga RM 8,299.00

Boon Siew Honda pada hari ini rasmi memperkenalkan model moped Honda RS150R 2024, yang kini tampil dengan dua pilihan warna baharu.

Dua pilihan warna baharu itu ialah Mat Gray & Yellow dan Mat Gray & Red, yang kini ditawarkan bersama-sama empat pilihan warna lain dari musim 2023 dan 2022.

Walaupun tampil dengan warna baharu, Honda RS150R 2024 masih mengekalkan harga jualan asas sebelumnya, iaitu sebanyak RM 8,299.00 sahaja.

Honda RS150R 2024 dilengkapi enjin bersesaran 149.16cc dengan sistem penyejukan cecair dan DOHC, seterusnya dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

Enjin bertaraf Euro 4 dengan prestasi memuaskan itu menawarkan kuasa maksimum 15.82hp @ 9,000rpm, dengan tork maksimum 13.6Nm @ 7,000rpm.

Ketika ini di pasaran Malaysia, Honda RS150R merupakan salah sebuah model moped yang masih ditawarkan dengan harga jualan berpatutan.