Benelli BKX 300 S 2024 merupakan jentera jalanan yang lincah

Jika Benelli BKX 300 2024 merupakan sebuah jentera adventure yang lasak, kembarnya pula ialah Benelli BKX 300 S 2024, yang merupakan sebuah jentera jalanan yang lincah.

Model tersebut pada tahun lepas muncul dalam versi 250cc, dan ianya dikenali sebagai Benelli BKX 250 S 2023. Terkini Benelli mengatakan versi 125cc juga akan ditawarkan di pasaran.

Benelli BKX 300 S 2024 didatangkan enjin yang sama seperti BKX 300, iaitu bersesaran 292.4cc (single cylinder, 4-stroke, liquid cooled, 4 valves for cylinder double overhead camshaft).

Enjin bertaraf Euro 5+ itu menawarkan kuasa maksimum 29.2hp @ 9,000rpm dengan tork maksimum 24.5Nm @ 7,000rpm, sesuai untuk model seberat 160 kg (kerb weight) itu.

Persoalannya kini ialah adakah model sporty ini dalam versi 250cc akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia? Jika benar, mungkin ianya akan tiba secara rasmi pada tahun depan.