Aprilia RS 457 2024 diperkenalkan di pasaran Eropah

Model terbaharu Aprilia RS 457 2024 rasmi diperkenalkan di pasaran Eropah, dengan tiga pilihan warna menarik. Enjinnya bersesaran 457cc (liquid-cooled, parallel twin-cylinder) dengan keluaran maksimum 47hp. Beratnya pula hanyalah 175 kg (kerb weight) untuk tahap pengendalian terbaik. Model tersebut turut dilengkapi sistem ride-by-wire, traction control dan tiga mod tunggangan.

Melengkapkan Aprilia RS 457 2024 ialah sistem lampu LED, panel TFT 5.0 inci berwarna, sistem suspensi depan dan belakang boleh laras pra-beban, brek cakera depan 320 mm dengan kaliper radial-mount 4-piston ByBre, brek cakera belakang 220 mm ByBre, dan ABS Dual Channel. Tayar depan dan belakang bersaiz 110/70-17 dan 150/60-17. Quickshifter tersedia sebagai aksesori.