Ducati Malaysia kini rasmi melancarkan dua model terbaharu Ducati Streetfighter V4 2023 dan Ducati Streetfighter V4 S 2023. Kedua-dua model naked tersebut ditawarkan dengan harga asas RM 141,900.00 dan RM 165,900.00 masing-masing. Bagi model V4, ianya tampil dengan warna tunggal Ducati Red, dan dua pilihan warna Ducati Red dan Grey Nero untuk model V4 S.
Ducati Streetfighter V4 dikuasakan enjin Desmosedici Stradale 90° V4 bersesaran 1,103cc, yang menghasilkan prestasi maksimum 208hp @ 13,000rpm dengan tork setinggi 123Nm @ 9,500rpm. Enjin itu kemudiannya dipadankan transmisi enam kelajuan dengan Ducati Quick Shift (DQS) up / down EVO 2. Model seberat 201.5 kg (kerb weight) itu mempunyai tangki bahan api 16.5 liter.
Melengkapkan lagi Streetfighter V4 ialah teknologi canggih seperti Riding Modes, Power Modes, Cornering ABS EVO, Ducati Traction Control (DTC) EVO 2, Ducati Wheelie Control (DWC) EVO, Ducati Slide Control (DSC), Engine Brake Control (EBC) EVO 2, dan Auto tyre calibration. Selain itu ialah Ducati Power Launch, Sachs steering damper, dan sistem lampu LED sepenuhnya.
Sementara itu bagi Streetfighter V4 S, perbezaan yang ditawarkannya berbanding V4 ialah ianya dilengkapi sistem suspensi semi-active Öhlins (NIX30 upside-down 43 mm fork and TTX36 shock absorber) dengan antara muka SmartEC 2.0. Steetfighter V4 S juga dilengkapi steering damper Öhlins, rim roda (forged wheels) aluminium Marchesini, dan bateri Lithium-ion yang ringan.
Galeri : Ducati Streetfighter V4 2023
Galeri : Ducati Streetfighter V4 S 2023