Benelli R18i merupakan salah sebuah model moped berprestasi tinggi yang ketika ini ditawarkan di pasaran Malaysia. Selain itu, model tersebut juga ditawarkan di pasaran Greece dengan nama baharu Benelli RCX 185. Lebih menarik, versi yang ditawarkan di rantau Eropah itu didatangkan dengan sistem brek ABS Dual Channel, bagi mematuhi taraf piawaian keselamatan di sana.
Month: September 2023
Super Moped Honda RS-X Turbo daripada SPD Racing dan Tobaki
GPX Legend 150s 2023 di Malaysia terima warna baharu Matt Black
Honda Super Cub 110 2023 terima warna baharu di pasaran Thailand
Model kapcai bergaya retro Honda Super Cub 110 2023 di pasaran Thailand baru-baru ini telah diperkenalkan dengan dua pilihan warna baharu yang menarik – Pearl Organic Green dan Pearl Cadet Grey. Dua lagi pilihan warna yang ditawarkan ialah Red-White dan Black, yang dibawakan dari model tahun 2022. Harga jualannya ditawarkan dari 48,400 THB (RM 6,177.53) […]
Aprilia SR GT Replica 2023 diperkenalkan dengan skim warna jentera perlumbaan Aprilia RS-GP
Pada pertengahan bulan September 2023 baru-baru ini, Aprilia telah memperkenalkan Aprilia SR GT Replica 2023. Model skuter tersebut diasaskan daripada model Aprilia SR GT, yang kini tampil dengan skim warna bertemakan jentera perlumbaan Aprilia RS-GP. Jentera MotoGP itu ketika ini ditunggang oleh dua pelumba handalan Aprilia iaitu Aleix Espargaró dan Maverick Viñales.
Honda CBR400RR dengan enjin 4 silinder dikhabarkan bakal kembali ke pasaran
Sejak pelancaran Kawasaki Ninja ZX-4R dan Kawasaki Ninja ZX-4RR pada awal tahun ini, kini desas-desus mengenai pelancaran model dalam segmen yang sama oleh Honda semakin bertiup kencang. Setakat ini menurut Young Machine dari Jepun, Honda dikhabarkan bakal melancarkan semula model Honda CBR400RR generasi serba baharu, dengan enjin 399cc empat silinder.






