GPX Legend 150s 2023 di Malaysia terima warna baharu Matt Black

Laman Facebook GPX Malaysia pada beberapa hari yang lepas telah mengumumkan ketibaan warna baharu Matt Black untuk model GPX Legend 150s 2023. Menurut maklumat daripada wakil penjual, harga asas yang ditetapkan untuk model tersebut ialah sebanyak RM 8,800.00 sahaja.

GPX Legend 150s merupakan sebuah model bergaya retro yang menawan. Enjinnya bersesaran 149cc (4 stroke, SOHC, carburetor) dan digandingkan dengan transmisi enam kelajuan. Kapasiti tangki bahan apinya 11.5 liter. Saiz roda depan dan belakangnya ialah 110/90-17 dan 120/90-17.

Sistem brek menggunakan cakera di bahagian depan dan dram di bahagian belakang. Di pasaran Malaysia ketika ini, GPX Malaysia juga menawarkan GPX Demon GR200R Da Corsa 2 2023 dan GPX Legend 250 Twin II 2023, dengan harga masing-masing RM 12,588.00 dan RM 13,888.00.