Pada pertengahan bulan Mei 2023 yang lepas, KTM secara rasmi memperkenalkan jentera supermoto terbaharu KTM 450 SMR 2024. Model tersebut tampil dengan satu pilihan warna sahaja, yang menggabungkan empat warna iaitu oren, hitam, putih dan juga ungu. Menurut KTM, ianya akan berada di bilik pameran pengedar sah bermula dari bulan Mei 2023.
KTM 450 SMR 2024 merupakan sebuah jentera supermoto berprestasi tinggi, yang mampu beraksi dengan agresif dan lincah di setiap jalan berturap. Enjinnya bersesaran 449.9cc (1-cylinder, 4-stroke, SOHC, liquid-cooled) dengan gandingan transmisi lima kelajuan. Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 63hp. Di pasaran USA, harga asasnya 11,999.00 USD.