Modenas Ninja 650 2023 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga bermula dari RM 35,200.00

Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS) pada 17 Julai 2023 rasmi melancarkan model sports terbaharu Modenas Ninja 650 2023. Model berkenaan dipasang secara CKD oleh Modenas di kilang mereka di Gurun, Kedah, dan ditawarkan dengan dua pilihan warna dan harga asas seperti mana berikut :

  • Metallic Spark Black : RM 35,200.00
  • Lime Green / Ebony : RM 35,900.00

Modenas Ninja 650 2023 dikuasakan enjin bersesaran 649cc (Liquid-cooled, 4-stroke Parallel Twin, DOHC, 8 valves) dengan sistem transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch. Jumlah kuasa maksimum yang dihasilkannya ialah sebanyak 68PS @ 8,000rpm dengan tork 64Nm @ 6,700rpm.

Melengkapkan model tersebut termasuklah tangki bahan api 15 liter, fork depan teleskopik, suspensi belakang monoshock (Horizontal Back-link with adjustable preload), sistem brek cakera dengan ABS dua saluran, tinggi pelana 790 mm, dan tayar bersaiz 120/70-17 (depan) dan 160/60-17 (belakang).

Selain itu ianya turut dilengkapi ciri-ciri menarik seperti Kawasaki TRaction Control (KTRC) dengan tiga pilihan mod, sistem lampu LED sepenuhnya, dan panel instrumen TFT 4.3 inci berwarna dengan ciri sambungan Bluetooth ke telefon pintar yang menggunakan aplikasi “RIDEOLOGY THE APP”.

Untuk pasaran Malaysia, Modenas Ninja 650 2023 didatangkan dengan tempoh jaminan selama 2 tahun, bersama-sama jarak perbatuan tanpa had dan bantuan Kawasaki Roadside Assistance 24/7. Ianya akan berada di bilik pameran pengedar EMOS di seluruh Malaysia mulai akhir Julai 2023.