MBP Moto masuk ke pasaran Malaysia pada Ogos 2023, pelancaran pertama di KLBS 2023

MBP Moto (Moto Bologna Passione) merupakan sebuah jenama terbaharu pengeluar motosikal, yang ketika ini menawarkan barisan model-model menarik di pasaran Eropah. Antaranya ialah model MBP C650V 2023, yang tampil dengan gaya rekaan sebuah cruiser dan dilengkapi enjin V-twin 647cc.

Setakat ini menurut maklumat rasmi, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. dikatakan bakal mengedarkan model-model motosikal keluaran MBP Moto di pasaran Malaysia. Pelancaran pertamanya dijadualkan berlangsung di acara Kuala Lumpur Bike Show 2023 (24-27 Ogos 2023) di WTC, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat tambahan, syarikat MBP Moto berpengkalan di Itali. Ianya merupakan anak syarikat jenama Keeway, yang dimiliki oleh pengeluar motosikal terkemuka QJ Motor dari China. Di pasaran tempatan ketika ini, MForce Bike turut menawarkan model-model motosikal keluaran QJ Motor.