Pada bulan Mei 2023 yang lepas, Lifan telah memperkenalkan model skuter terbaharu Lifan KPV350 2023. Model tersebut merupakan versi yang lebih besar berbanding model Lifan KPV150, dan ianya turut ditawarkan di pasaran Malaysia sejak tahun 2021, sebagai model WMoto Xtreme 150i.
Setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada Lifan KPV350 2023 ini akan turut dibawa masuk ke pasaran Malaysia oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. Jika ianya dilancarkan nanti, sudah tentu ianya akan memberikan saingan kepada model Honda ADV350 yang juga bakal dilancarkan.
Sedikit maklumat ringkas mengenai spesifikasi Lifan KPV350. Ianya dikuasakan enjin 350cc, dengan kuasa maksimum 34.7hp (25.5kW) @ 7,500rpm dan tork maksimum 35.5Nm @ 6,000rpm. Beratnya mencapai 186 kg, dan tangki bahan apinya hadir dengan kapasiti 15 liter untuk perjalanan jauh.
Ciri-ciri menariknya yang lain seperti sistem lampu LED, panel meter TFT, ABS, TCS, Keyless, tinggi tempat duduk 775 mm, tayar depan dan belakang berukuran 15 inci dan 14 inci, dan ruang simpanan yang luas di bawah tempat duduk. Di pasaran China, harganya antara 25,999 CNY – 27,999 CNY.