Selepas model Honda Vario 125 dan Honda Vario 160, Boon Siew Honda kini menawarkan Pakej Merdeka 2023 untuk model yang baru saja dilancarkan, iaitu Honda Vario 160 Repsol Edition 2023. Tawaran pakej bayaran ansuran istimewa itu bermula dari 19 Julai sehingga 3 September 2023.
Melalui Pakej Merdeka 2023, harga jualan Honda Vario 160 Repsol Edition telah ditetapkan kepada RM 12,700.00 (termasuk insuran, pendaftaran dan lain-lain). Bayaran muka pula hanya RM 1,270.00 sahaja, yang boleh dikatakan berpatutan, dengan tiga pilihan jumlah bayaran ansuran bulanan.
Bagi pilihan pertama untuk tempoh bayaran selama 36 bulan, jumlah bayaran bulanannya ialah RM 413.00. Untuk pilihan kedua dan ketiga dengan tempoh bayaran bulanan yang lebih panjang selama 48 bulan dan 60 bulan, jumlah bayaran bulanannya ialah sebanyak RM 333.00 dan RM 286.00.
Pakej Merdeka 2023 ditawarkan oleh Boon Siew Honda di semua rangkaian pengedar Honda Impian X (untuk Semenanjung Malaysia sahaja) dengan kerjasama Chailease dan Parkson Credit, sempena dengan perayaan sambutan Hari Kemerdekaan 2023 yang bakal tiba pada tarikh 31 Ogos 2023.