Pada tarikh 30hb. Disember 2022 yang lalu, Yamaha Motor Vietnam dengan rasminya telah melancarkan model terbaharu Yamaha XS155R 2023.
Untuk pasaran Vietnam, model tersebut tampil dengan dua pilihan warna Silver dan Black, manakala harga jualannya ialah VND 77,000,000 (RM 14,629.23).
Yamaha XS155R 2023 merupakan sebuah model bergaya klasik dan retro, dikuasakan enjin 155cc (4-stroke, liquid-cooled, SOHC, 4-valve) dengan transmisi enam kelajuan dan sistem Assist & Slipper Clutch.
Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 19.3PS @ 10,000rpm dengan tork maksimum 14.7Nm @ 8,500rpm. Kapasiti tangki bahan apinya ialah 10 liter.
Spesifikasi teknikal lain yang melengkapinya termasuklah fork depan USD, suspensi belakang monoshock, dan sistem brek cakera di bahagian roda depan dan belakang.
Selain itu ialah tayar depan dan belakang dalam siri 110/70-R17 dan 140/70-R17, tinggi tempat duduk 810 mm, jarak kelegaan bumi 170 mm dan berat hanya 134 kg.
Melengkapkan lagi ciri-ciri menarik pada Yamaha XS155R 2023 ini adalah seperti lampu depan LED dan panel meter digital LCD berbentuk bulat.
Untuk pasaran Vietnam, model tersebut didatangkan dengan tempoh jaminan selama 3 tahun atau 30,000 km jarak perjalanan, berdasarkan yang mana tiba dahulu.