Yamaha MT-09 2023 kini di pasaran USA, harga $9,799.00

Bermula bulan Januari 2023, model naked Yamaha MT-09 2023 kini rasmi ditawarkan di pasaran USA, dengan harga jualan sebanyak $9,799.00, bersamaan RM 43,728.04.

Untuk musim 2023, model tersebut kini tampil dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Cyan Storm, Team Yamaha Blue dan Matte Raven Black.

Yamaha MT-09 2023 dikuasakan enjin CP3 bersesaran 890cc (liquid-cooled, DOHC, inline 3-cylinder; 4 valves per cylinder), seterusnya dipadankan dengan transmisi enam kelajuan, sistem Assist & Slipper Clutch dan juga QSS (Quick Shift System).

Merujuk kepada laman sesawang Yamaha Motor Corporation, U.S.A., kuasa enjin dan tork pada motosikal tersebut tidak diumumkan, dan tidak dapat dipastikan kenapa.

Spesifikasi standard pada MT-09 termasuklah kerangka aluminium yang ringan, sistem suspensi berprestasi tinggi KYB, brek cakera depan berkembar 298 mm dan belakang 245 mm, serta tangki bahan api 14 liter.

Di bahagian elektronik pula, ianya dilengkapi six-axis Inertial Measurement Unit (IMU), Traction Control System (TCS), Slide Control System (SCS), LIFt Control System (LIF), dan Brake Control System dengan ABS.

Selain itu ialah sistem Ride-by-Wire Yamaha Chip Controlled Throttle (YCC-T) dengan Accelerator Position Sensor Grip (ASPG), untuk tunggangan yang lebih cemerlang.

Tidak dilupakan, Yamaha MT-09 2023 turut dilengkapi panel instrumen digital TFT 3.5 inci yang memaparkan pelbagai maklumat, dan sistem lampu LED sepenuhnya.