Salah sebuah model skuter terbaharu yang diperkenalkan oleh jenama MBPMoto untuk pasaran Eropah ialah MBP SC125 2023.
Model tersebut mempunyai reka bentuk yang menarik dan moden, serta dikuasakan enjin bersesaran 124.6cc (1-cylinder, 4-stroke, 2-valve, liquid-cooled, EFI).
Dipadankan dengan sistem transmisi automatik CVT, enjin itu menawarkan kuasa maksimum 10.46hp @ 8,500rpm dengan tork maksimum 10.5Nm @ 6,500rpm.
MBP SC125 seterusnya dilengkapi fork depan teleskopik, suspensi belakang dengan ciri ‘5-stage adjustable preload’, brek cakera depan 240 mm, brek cakera belakang 220 mm, dan sistem brek jenis CBS.
Tayar depan dan belakangnya masing-masing berukuran 110/70-R13 dan 130/70-R13, yang turut menyumbang kepada jarak kelegaan tanah 140 mm.
Spesifikasi lain pada MBP SC125 ialah seperti tangki bahan api 11.5 liter, tinggi tempat duduk 795 mm, dan berat kering 128 kg.
Selain itu, MBP SC125 dilengkapi dengan beberapa ciri menarik seperti sistem lampu LED, panel meter digital TFT LCD 5.0 inci dengan MCU (Moto Connectivity Unit), dan ruang storan yang luas di bawah tempat duduk.
Menurut pengeluarnya, skuter MBP SC125 2023 dengan tiga pilihan warna ini mampu memecut pada kelajuan maksimum sehingga 96 km/j.