CFMOTO XO Baboon Adventurer ABS Edition 2023 dilancarkan di pasaran China

Selain versi standard CFMOTO XO Baboon Adventurer 2023, pasaran China turut menerima CFMOTO XO Baboon Adventurer ABS Edition 2023, versi yang didatangkan sistem brek ABS Dual Channel dan dua pilihan warna Rocky Gray dan Andes Black.

Spesifikasi teknikal lain untuk versi ABS Edition adalah sama dengan versi standard. Antaranya enjin 126cc dengan sistem penyejukan udara, transmisi enam kelajuan, dan jumlah kuasa maksimum 9.5hp @ 8,250rpm dengan tork puncak 9.2Nm @ 6,500rpm.

Turut melengkapi ialah fork depan USD, suspensi belakang monoshock, brek cakera depan 210 mm dan belakang 190 mm, tayar bersaiz 120/70-12 dan 130/70 R12, tinggi tempat duduk 740 mm, jarak kelegaan tanah 157 mm, dan tangki bahan api 7 liter.

Selain itu ialah panel meter berbentuk bulat dan sistem lampu LED sepenuhnya. Untuk pasaran China, CFMOTO XO Baboon Adventurer ABS Edition ini boleh dimiliki dengan harga jualan RMB 10,680.00, bersamaan nilai RM 6,956.13 mengikut kadar semasa.