Model bergaya klasik Benelli Leoncino 250 2023 kini diperkenalkan di pasaran Eropah, dengan empat pilihan warna terbaharu yang menarik dan corak grafik yang terkini.
Empat pilihan warna terbaharu itu ialah White, Anthracite, Red dan Green, namun buat masa ini hanya gambar model berwarna White sahaja yang dikeluarkan oleh Benelli.
Benelli Leoncino 250 2023 dikuasakan enjin 250cc (single-cylinder, four-stroke, liquid-cooled, DOHC, 4-valve), yang kemudiannya dipadankan transmisi enam kelajuan.
Enjin dengan sistem suntikan bahan api elektronik dan throttle body berdiameter 37 mm itu menjana kuasa maksimum 25.8hp @ 9,250rpm dengan tork 21Nm @ 8,000rpm.
Sistem suspensi terdiri daripada fork depan USD dan belakang monoshock, sementara sistem breknya merupakan cakera 280 mm (depan) dan cakera 240 mm (belakang).
Tayar depan dan belakang Benelli Leoncino 250 2023 mempunyai saiz 110/70-R17 dan 150/60-R17. Kapasiti tangki bahan api 12.5 liter, dan berat kering mencapai 155 kg.
Melengkapkan ciri-ciri menarik pada model berkenaan termasuklah sistem lampu LED sepenuhnya yang bergaya elegan dan moden, di samping panel meter digital LCD.
Artikel berkaitan :
- Benelli Leoncino 125 2023 diperkenalkan di pasaran Eropah
- Benelli Leoncino 150 2023 diperkenalkan di pasaran China