Benelli Leoncino 150 2023 diperkenalkan di pasaran China

Model terbaharu Benelli Leoncino 150 2023 kini rasmi diperkenalkan di pasaran China, dalam empat pilihan warna menarik. Harga jualannya ialah ¥13,980.00 (RM 8,879.45).

Dari segi reka bentuk, Benelli Leoncino 150 2023 ini tampil sama seperti model Benelli Leoncino 125 2023 dan Benelli Leoncino 250, dengan perbezaan di bahagian enjin.

Enjinnya bersesaran 149cc (1-cylinder, 4-stroke, liquid-cooled) dengan transmisi enam kelajuan, dan menjana kuasa 15.42hp @ 9,000rpm dengan tork 13.5Nm @ 7,000rpm.

Model seberat 136 kg itu kemudiannya dilengkapi tangki bahan api berkapasiti 12.5 liter. Saiz roda 100/80-17 (depan) dan 130/70-17 (belakang), dengan tinggi pelana 760 mm.

Ciri-ciri menarik yang melengkapi Benelli Leoncino 150 ini termasuklah fork depan jenis terbalik, suspensi belakang monoshock, dan sistem brek cakera dengan ABS dua hala.

Tidak dilupakan ialah panel meter digital LCD dan sistem lampu ialah LED sepenuhnya. Sangat menarik jika model ini juga dilancarkan di pasaran Malaysia oleh MForce Bike.