Voge 125R 2023 tampil sporty di pasaran Eropah

Voge 125R 2023 merupakan sebuah model naked terbaharu yang ketika ini ditawarkan di pasaran Eropah. Penampilannya adalah sporty dengan pelbagai ciri-ciri menarik.

Enjinnya bersesaran 124.8cc (liquid-cooled, DOHC, 4-valve) dengan padanan transmisi enam kelajuan, dan menghasilkan 15hp @ 9,500rpm dengan tork 12Nm @ 8,500rpm.

Tangki bahan apinya 10 liter. Sistem suspensinya ialah fork depan USD dan monoshock (preload-adjustable), manakala sistem brek cakera lengkap dengan ABS dua saluran.

Tayar depan dan belakangnya masing-masing berukuran 110/70-17 dan 140/60-17, dan tinggi tempat duduk berada pada paras 795 mm. Berat keseluruhan mencapai 136 kg.

Melengkapkan lagi spesifikasi Voge 125R ini ialah sistem lampu LED, panel meter LCD berwarna, port pengecas USB, dan lengan ayun ‘banana’ di bahagian sebelah kanan.

Untuk pasaran Eropah, antara pencabarnya termasuklah Honda CB125R, Yamaha MT-125, KTM 125 Duke, Husqvarna Svartpilen 125, dan juga model Kawasaki Z125.