Salah sebuah model skuter terbaharu yang diperkenalkan di pasaran Eropah ialah Voge SR4 Max 2023, yang tampil sporty dengan pelbagai ciri-ciri moden dan canggih.
Enjinnya bersesaran 350cc (single cylinder, liquid cooled, SOHC), dipadankan transmisi automatik dan menghasilkan 29hp @ 7,500rpm dengan tork 30Nm @ 6,000rpm.
Tangki bahan apinya hadir dengan kapasiti maksimum 12.8 liter. Sistem breknya cakera depan berkembar dan cakera belakang tunggal, lengkap dengan ABS Dual Channel.
Voge SR4 Max seterusnya dilengkapi tayar depan dan belakang bersaiz 120/70-15 dan 150/70-14. Tinggi tempat duduknya 775 mm, dan berat skuter tersebut ialah 198 kg.
Pelbagai ciri-cirinya yang moden dan canggih termasuklah kamera ‘dashcam’, suspensi belakang KAYABA boleh laras, TCS (Traction Control System), lampu kecemasan ESS, sistem pengesanan tekanan tayar TPMS, Cornering Lights, dan sistem lampu LED.
Selain itu ialah lampu Follow Me Home, sistem kunci Keyless, panel TFT 7.0″ berwarna dengan ciri sambungan Bluetooth, pengecas USB, dan ruang barangan yang luas.
Untuk makluman, Voge SR4 Max 2023 diasaskan daripada model BMW C 400 GT yang ketika ini turut ditawarkan di pasaran Malaysia, dengan harga terkini RM 50,500.00.