Model sport bike Yamaha YZF-R25 2023 baru saja diperkenalkan di pasaran Jepun, kini tampil dengan pilihan warna terbaharu Purple yang kelihatan begitu menyerlah sekali.
Selain itu, pilihan warna Blue dan Black juga masih ditawarkan. Yamaha YZF-R25 2023 akan tiba di pasaran Jepun secara rasmi pada tarikh 22hb. Februari 2023 akan datang.
Harga jualannya ditetapkan sebanyak 690,800 Yen, bersamaan RM 22,805.77 mengikut kadar semasa. Di bahagian teknikal, model berkenaan mengekalkan spesifikasi sama.
Namun begitu, enjin 249cc (liquid-cooled, DOHC, 4-valve, inline 2-cylinder) pada model itu kini dikatakan telah mematuhi piawaian emisi terkini dan lebih mesra alam sekitar.
Yamaha YZF-R25 2023 menghasilkan prestasi maksimum 35PS @ 12,000rpm dan tork 23Nm @ 10,000rpm. Untuk keselamatan, ianya dilengkapi dengan sistem brek ABS.
Ciri-ciri menariknya yang lain termasuklah fork depan upside-down, suspensi belakang monoshock boleh laras, panel meter digital LCD, dan kapasiti tangki bahan api 14 liter.