Yamaha MT-10 2023 kini di pasaran USA, harga $14,199.00

Jentera hyper naked Yamaha MT-10 2023 kini rasmi ditawarkan di pasaran USA, mulai bulan Januari 2023. Harga jualannya pula ialah sebanyak $14,199.00 (RM 61,893.44).

Dua pilihan warna yang tersedia ialah Cyan Storm dan Matte Raven Black. Di bahagian teknikal, ianya kekal sama seperti model Yamaha MT-10 2022 untuk pasaran Eropah.

Yamaha MT-10 2023 dikuasakan enjin bersesaran 998cc (liquid-cooled, DOHC, inline 4-cylinder, 16 valves) dengan transmisi enam kelajuan dan sistem Assist & Slipper Clutch.

Turut melengkapi ialah Quick Shift System (QSS), teknologi Ride-By-Wire Yamaha Chip Controlled Throttle (YCC-T), Accelerator Position Sensor Grip (APSG) dan mod PWR.

Untuk memudahkan lagi tunggangan jentera berprestasi tinggi itu, Six-Axis IMU (Inertial Measurement Unit) memainkan peranan bagi mengawal sistem bantuan penunggang.

Ianya merangkumi Lean sensitive Traction Control System, Slide Control System (SCS), Lift Control System (LIF), Engine Brake Management (EBM), Brake Control (BC), dan Yamaha Ride Control (YRC).

Teknologi Cruise Control pula tersedia untuk tunggangan yang lebih selesa, manakala Yamaha Variable Speed Limiter (YVSL) khusus untuk menetapkan had laju maksimum.

Yamaha MT-10 2023 seterusnya dilengkapi sistem suspensi KYB yang boleh dilaraskan sepenuhnya. Sistem brek cakera berprestasi tinggi lengkap dengan ABS Dual-Channel.

Di bahagian roda, ianya dilengkapi tayar depan bersaiz 120/70-ZR17 dan 190/55-ZR17 di bahagian belakang, seterusnya dibaluti tayar Bridgestone® Battlax Hypersport S22.

Tinggi tempat duduk model naked yang agresif itu ialah 835 mm. Kapasiti tangki bahan api 17 liter, yang turut menyumbang kepada berat keseluruhan 212 kg (wet weight).

Sistem lampu pada Yamaha MT-10 2023 kesemuanya jenis LED. Paparan panel meter digital TFT 4.2 inci tampil berwarna sepenuhnya, dengan pelbagai informasi penting.