Honda PCX160 2023 terima warna baharu di Thailand

Model skuter Honda PCX160 2023 baru-baru ini telah diperkenalkan di pasaran negara jiran Thailand, yang kini tampil dengan kemaskini warna baharu yang lebih menarik.

Untuk musim 2023, lima pilihan warna ditawarkan iaitu Blue – Black, White – Black dan Black untuk varian Standard, dan Grey – Black dan Red – Black untuk varian ABS.

Spesifikasi teknikal dan ciri-ciri yang melengkapi Honda PCX160 2023 ketika ini masih sama seperti mana model terdahulu Honda PCX160 2021, tanpa perubahan terkini.

Di bahagian enjinnya, ianya bersesaran 156.93cc (liquid-cooled, 4-stroke, OHC, single-cylinder) dengan kuasa maksimum 15.8PS @ 8,500rpm dan tork 15Nm @ 6,500rpm.

Antara ciri-ciri menarik yang melengkapi model skuter itu termasuklah Smart Key, panel meter digital pelbagai info, sistem lampu LED, pengecas USB dan ruang storan 30 liter.

Untuk tahap keselamatan maksimum, Honda PCX160 2023 dilengkapi dengan sistem HSTC (Honda Selectable Torque Control) dan sistem brek ABS (varian ABS sahaja).

Untuk perjalanan lebih jauh, ianya mempunyai tangki petrol 8.1 liter. Harga jualan untuk Honda PCX160 2023 di pasaran Thailand bermula dari THB 87,400 (RM 11,440.21).