Pada tarikh 23hb. Disember 2022 yang lepas, Suzuki telah memperkenalkan model moped Suzuki Satria F150 2023 untuk pasaran Vietnam.
Model tersebut didatangkan dengan dua pilihan warna terbaharu Black dan Black – White, di samping rim roda sporty dengan dua skim warna yang berlainan.

Harga jualan untuk model berkenaan bagaimanapun tidak diumumkan.
Spesifikasi teknikal pula masih sama seperti mana model tahun sebelumnya, antaranya dilengkapi enjin bersesaran 147.3cc dengan transmisi enam kelajuan.
Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 18.23hp @ 10,000rpm dengan tork maksimum 13.8Nm @ 8,500rpm.
Setakat ini peminat Suzuki Satria F150 dan juga Suzuki Raider R150 sangat mengharapkan model tersebut akan menerima reka bentuk baharu, bersama-sama enjin dengan kapasiti yang lebih besar.
Adakah selepas ini Suzuki Satria F150 dan Suzuki Raider R150 akan tampil sebagai sebuah model serba baharu yang lebih sporty dan lebih berkuasa?
Sama-samalah kita nantikan dan berdoa agar ianya menjadi kenyataan.







