Pasaran Greece baru-baru ini telah menerima pelancaran model terbaharu CFMOTO 250SR-S 2023, dengan harga €4,990.00, bersamaan RM 23,300.66 (kadar semasa).
Berbanding versi biasa, CFMOTO 250SR-S ini dilengkapi dengan beberapa ciri canggih seperti carbon winglet, single arm dan sistem brek cakera dengan ABS Dual Channel.
Pada bahagian enjin, ianya bersesaran 249.2cc (single cylinder, liquid cooled, DOHC, 4 valves, BOSCH EFI) dengan gandingan transmisi enam kelajuan dan slipper clutch.
Enjin itu menawarkan kuasa maksimum 26hp @ 9,750rpm dengan janaan tork 22Nm @ 7,500rpm. Model seberat 157 kg itu kemudiannya dilengkapi tangki bahan api 12 liter.
Ciri-ciri menarik lainnya termasuklah fork depan upside down berwarna emas, suspensi belakang monoshock, panel meter digital TFT 5.0 inci, dan sistem lampu LED penuh.
Melengkapkan lagi model CFMOTO 250SR-S 2023 itu ialah dua mod tunggangan Sport dan Eco, saiz tayar 110/70-R17 dan 150/60-R17, dan tinggi tempat duduk 780 mm.