Di pasaran negara jiran Singapura, Yamaha Sniper 155 2021 telah dilancarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Blue, Yellow Hornet dan Black. Kemudiannya untuk musim 2022, model moped tersebut telah menerima kemaskini tiga pilihan warna baharu iaitu Grey, Blue dan Black. Spesifikasi teknikal pula masih kekal sama, seperti mana model Yamaha Y16ZR yang dijual di pasaran Malaysia.
Namun berdasarkan maklumat daripada brosur rasmi, Yamaha Sniper 155 di pasaran Singapura tidak dilengkapi sistem Assist & Slipper Clutch. Tidak pasti sama ada maklumat tersebut tepat atau tidak. Di bahagian enjin ianya bersesaran 155cc dengan teknologi VVA, dan menjana kuasa 17.7hp @ 9,500rpm dengan tork 14.4Nm @ 8,000rpm. Sistem transmisinya pula ialah enam kelajuan.
Spesifikasi lengkap model berkenaan termasuklah paparan panel meter digital, sistem kunci pintar, soket pengecas DC 12V, lampu depan dan belakang LED, tangki bahan api 5.4 liter, brek cakera depan dengan kaliper 2-pot, suis pemati enjin, suis lampu untuk memotong (passing light), tempat duduk pada paras 795 mm, dan tayar dalam ukuran 90/80-17 (depan) dan 120/70-17 (belakang).
Artikel berkaitan :
- Yamaha Y16ZR 2023 diperkenalkan dengan tiga pilihan warna terbaharu, harga asas kini meningkat kepada RM 11,118.00
- Yamaha Sniper 155 2021 dilancarkan di pasaran Singapura