MBP T1002V 2023 diperkenalkan di pasaran Eropah, dikuasakan enjin V-twin dua silinder 997cc

MBP Moto merupakan sebuah jenama baharu yang muncul secara rasmi pada tahun 2022, berada di bawah syarikat Keeway Motor Group. MBP Moto mempunyai ibu pejabat di Bologna, Itali. Antara model yang baru diperkenalkan ketika ini ialah MBP T1002V 2023, dengan enjin V-twin dua silinder 997cc. Enjin itu menjana 93.87hp @ 7,600rpm dengan tork 102Nm @ 6,500rpm, dan digandingkan transmisi 6-kelajuan. Mempunyai berat kering 235 kg, model itu mempunyai empat pilihan warna.

Spesifikasi seterusnya yang melengkapi MBP T1002V 2023 adalah seperti fork depan KYB terbalik, sistem brek cakera dengan ABS dua saluran, tangki bahan api 21 liter, tinggi tempat duduk 820 mm dan tayar dalam siri 120/70-19 (depan) dan 170/60-17 (belakang). Panel instrumen digitalnya tampil dengan MCU (Moto Connectivity Unit) dengan ciri Motwi M-link GPS dan Global Activation. Sistem lampu kesemuanya LED. Tarikh ianya berada di pasaran akan bermula dari suku pertama 2023.