Yamaha RX-Z Catalyzer 2010 untuk dijual, harga jualan kombo RM 110k

Masih panas dengan desas-desus kononnya Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) bakal mengeluarkan kembali model legenda Yamaha RX-Z, nampaknya harga terpakai untuk model tersebut kekal berada pada paras enam angka. Terkini, laman FB Pokjacks Vtg Empire telah menyiarkan iklan sebuah Yamaha RX-Z Catalyzer 2010 berwarna kuning.

Harga yang ditawarkan secara kombo adalah sebanyak RM 110k sahaja. Berikut ialah perincian daripada pemilik motosikal tersebut :

Repost jualan..jualan ini dibuka kepada yg dah ada rumah.yg dah ad kereta dan yg dan ada tanah supaya tiada lagi “bani baik beli” kereta tanah dan rumah.. pakej jualan ini adalah sebuah motor rxz catalyzr tahun 2010 + GTO piring limited + LTD GRAY saiz 60.. Harga kombo fullset RM 110k sahaja..kalau nk skali plat (DEM49) RM 117k.

Untuk peminat tegar Yamaha RX-Z Catalyzer yang semakin ‘rare’ ini, harga berkenaan mungkin berpatutan. Namun begitu seperti mana yang dikatakan oleh pemilik motosikal itu, sasaran jualan adalah untuk bakal pembeli yang bertaraf T20 sahaja. Ini bermakna bakal pembelinya sudah pun mempunyai harta seperti rumah, kereta dan juga tanah.

Yamaha RX-Z Catalyzer sememangnya sebuah motosikal dua lejang yang pada ketika ini menjadi buruan ramai peminatnya. Namun tahukah anda harga model tersebut bagi keluaran tahun 2011 yang lalu hanyalah RM 7,504.00. Harga tersebut apabila ditambah dengan insuran, cukai jalan, pendaftaran dan sebagainya, masih di bawah RM 10k.

Namun sekitar tahun 2011 yang lalu, Yamaha RX-Z bukanlah sebuah model motosikal yang menjadi buruan ramai seperti mana yang berlaku pada ketika ini. Ini kerana pada ketika itu ramai peminat motosikal yang lebih meminati model-model motosikal kapcai dengan enjin empat lejang, yang lebih bersih dan menjimatkan kos penggunaan petrol.

Artikel berkaitan :