Husqvarna Malaysia (Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd.) semalam secara rasminya melancarkan model adventure terbaharu Husqvarna Norden 901 2022 untuk pasaran tempatan. Harga jualan asas yang ditawarkan untuk model berkenaan adalah sebanyak RM 98,800.00 sahaja (tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan juga cukai jalan).
Norden 901 dikuasakan enjin bersesaran 889cc (2-cylinder, 4-stroke, parallel twin, liquid cooled with water/oil heat exchanger) dengan padanan sistem transmisi enam kelajuan dan PASC (Power Assist Slipper Clutch). Enjin itu menjana kuasa maksimum 105hp @ 8,000rpm dengan tork maksimum 100Nm @ 6,500rpm. Jentera pengembaraan seberat 204 kg (without fuel) itu seterusnya dilengkapi tangki bahan api dengan kapasiti 19 liter.
Spesifikasi teknikal menarik lain pada Norden 901 ini termasuklah kerangka Chromium-Molybdenum-Steel yang kukuh, kompak dan ringan, fork depan WP Apex 43, suspensi belakang monoshock WP APEX, brek cakera depan 320 mm dan brek cakera belakang 260 mm, ABS Bosch 9.1 MP (Cornering-ABS and Offroad mode), tiga mod tunggangan Street, Rain & Offroad, cruise control dan MTC (Cornering Motorcycle Traction Control).
Selain itu ialah sistem ride-by-wire, paparan panel meter digital TFT, sistem lampu LED sepenuhnya dengan ciri DRL pada lampu depan, lampu kabus standard, tempat duduk yang selesa dengan ketinggian 854 mm, ruang kelegaan tanah 252 mm, dan sepasang tayar offroad Pirelli Scorpion Rally STR dengan saiz 21 inci depan dan 18 inci belakang.