Untuk pasaran domestik Jepun, Yamaha YZF-R25 ABS 2022 rasmi diperkenalkan pada hari ini, dengan empat pilihan warna terbaharu. Keempat-empat pilihan warna tersebut ialah Blue, Black, Orange dan skim warna WGP 60th Anniversary Edition yang motifnya diinspirasikan daripada jentera perlumbaan Yamaha YZR500 keluaran tahun 1980.
Yamaha YZF-R25 ABS 2022 itu turut menerima dua perubahan baharu yang signifikan, pertama ialah enjinnya telah mematuhi piawaian emisi yang terkini, tanpa menjejaskan prestasi enjin. Kedua, model sport bike sporty itu kini telah dilengkapi lampu signal atau lampu penunjuk arah baharu jenis LED, di kedua-dua bahagian depan dan belakang.
Yamaha YZF-R25 ABS 2022 yang tampil sporty ini seterusnya kekal dikuasakan enjin dalam sesaran 249cc (liquid-cooled, 4-stroke, DOHC inline twin-cylinder; 4-valves per cylinder), dan dipadankan dengan transmisi enam kelajuan. Keluaran kuasa maksimum berada pada paras 35PS @ 12,000rpm, dengan tork maksimum 23Nm @ 10,000rpm.
Untuk pasaran Jepun, harga jualan yang ditawarkan untuk model sport bike berkenaan adalah sebanyak 668,800 Yen (bersamaan RM 22,521.76) untuk model berwarna Blue, Black dan Orange, manakala bagi model dengan skim warna istimewa dan terhad iaitu WGP 60th Anniversary Edition, harga jualannya ialah 690,800 Yen (RM 23,262.61).
Menurut Yamaha, bagi model berwarna Blue, Black dan Orange, ianya akan berada di pasaran secara rasmi pada tarikh 25hb. Mei 2022. Untuk model WGP 60th Anniversary Edition pula, ianya hanya akan tiba di pasaran domestik Jepun sedikit lewat iaitu pada tarikh 21hb. Julai 2022, dalam jumlah terhad (limited edition) sebanyak 240 unit sahaja.
Galeri : 2022 Yamaha YZF-R25 ABS (Japan)
Galeri : 2022 Yamaha YZF-R25 ABS WGP 60th Anniversary Edition (Japan)
Galeri : 1980 Yamaha YZR500