Di pasaran tempatan, Suzuki Malaysia baru-baru ini telah melancarkan tiga buah model di bawah 250cc, iaitu Suzuki Raider R150 Fi, Suzuki GSX-R150 dan Suzuki GSX-S150. Selepas ini, syarikat itu dikatakan pula bakal melancarkan lagi dua buah model menarik pada tahun 2023 akan datang, menurut maklumat yang didedahkan oleh Paultan.org.
Month: April 2022
Yamaha YZF-R3 ABS WGP 60th Anniversary Edition 2022 diperkenalkan di pasaran Jepun, terhad 240 unit
Pada minggu lepas, Yamaha dengan rasminya memperkenalkan model baharu Yamaha YZF-R3 ABS WGP 60th Anniversary Edition 2022, untuk pasaran Jepun. Model tersebut tampil dalam skim warna bersejarah WGP 60th Anniversary Edition, dan hanya tersedia sebanyak 240 unit sahaja. Harga jualannya pula ialah 723,800 Yen (RM 24,664.07).
Honda Super Cub 110 Pro 2022 untuk kegunaan perniagaan diperkenalkan di pasaran Jepun
Honda baru-baru ini telah memperkenalkan model terbaharu Honda Super Cub 110 Pro 2022 untuk pasaran domestik Jepun. Model kapcai khusus untuk kegunaan perniagaan itu tersedia dalam satu pilihan warna tunggal Seychelles Night Blue, dan harganya ialah sebanyak 346,500 Yen, bersamaan RM 11,851.01 mengikut kadar mata wang semasa.
Suzuki Intruder 150 tampil bergaya, adakah bakal mendapat sambutan di pasaran Malaysia?
Suzuki Intruder 150 merupakan sebuah model cruiser yang tampil bergaya dan sporty. Antara pasaran untuk motosikal tersebut pada ketika ini termasuklah India, Bangladesh dan Vietnam. Terdapat dua varian yang ditawarkan iaitu karburetor dan suntikan bahan api (fuel injection), dan kedua-dua varian itu turut dilengkapi sistem brek dengan ABS.
Honda Lead 125 2022 di pasaran Jepun, kini dilengkapi enjin baharu eSP+ 4-valve yang lebih berprestasi dan ekonomi
Bermula tarikh 24hb. Mac 2022 yang lalu, skuter Honda Lead 125 2022 rasmi berada di pasaran Jepun. Harga jualannya ialah 324,500 Yen (RM 10,915.52) untuk pilihan warna Pearl Dark Ash Blue 2, Poseidon Black Metallic dan Pearl Jasmine White. Untuk pilihan warna Matt Techno Silver Metallic pula, ianya berharga 330,000 Yen (RM11,100.53).
Moto Morini X-Cape 650 2022 rasmi dilancarkan di pasaran Malaysia, dua varian, harga bermula dari RM 39,999.00
MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. pada kelmarin dengan rasminya melancarkan sebuah model adventure terbaharu untuk pasaran Malaysia iaitu Moto Morini X-Cape 650 2022. Model tersebut didatangkan dalam dua varian, 650 (standard) dan 650X, dengan pilihan warna masing-masing ialah Dolomites Red, Monte Blanco White dan Carrara Grey.






