Jentera touring Kawasaki Versys-X 300 2022 masih dijual di pasaran USA untuk musim kali ini, dengan harga jualannya sebanyak $6,099.00, bersamaan nilai RM 25,728.63 mengikut kadar semasa. Harga tersebut merupakan harga baharu, kini telah meningkat daripada harga pada musim 2021 yang sebelum ini dijual dengan harga $5,899.00.
Kawasaki Versys-X 300 2022 memiliki spesifikasi dan ciri-ciri yang sama dengan model kembarnya iaitu Kawasaki Versys-X 250 2022, cuma jumlah kapasiti enjin sahaja yang berbeza. Ianya dikuasakan enjin bersesaran 296cc (4-stroke, 2-cylinder, DOHC, liquid-cooled), dengan gandingan sistem transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch.
Ciri-ciri standard pada model berkenaan adalah seperti fork depan teleskopik, suspensi belakang monoshock, tayar depan dan belakang dengan rim lidi berukuran 100/90-R19 dan 130/80-R17, brek cakera depan 290 mm dan belakang 220 mm, ABS dual channel, panel meter digital dan analog, tangki petrol 17 liter, dan tinggi tempat dudukĀ 815 mm.
Untuk pasaran USA, Kawasaki Versys-X 300 2022 hanya ditawarkan dalam satu pilihan warna tunggal Metallic Ocean Blue / Pearl Robotic White. Bagi peminat model ini untuk pasaran Malaysia pula, pihak Modenas selaku pengedar eksklusif Kawasaki di pasaran Malaysia mungkin akan kembali melancarkan model ini, dalam versi 250cc seperti dulu.