Yamaha Motor Taiwan pada beberapa hari yang lepas telah memperkenalkan Yamaha YZF-R3 2022 terbaharu, yang kini tampil dengan dua perubahan terkini. Pertama, ianya melibatkan muffler ekzos yang telah direka lebih panjang dan menjadikannya kelihatan lebih langsing, termasuk menerima cover tambahan di bahagian atas dan sisinya.
Perubahan kedua ialah lampu signal di bahagian depan dan belakang model berkenaan kini tampil lebih kecil berbanding rekaan sebelumnya. Selain daripada dua perubahan terbaharu itu, Yamaha YZF-R3 2022 di pasaran Taiwan kini didatangkan pilihan warna baharu iaitu Vivid Orange, di samping pilihan warna Midnight Black dan Racing Blue.
Beralih ke bahagian enjin, model tersebut masih kekal dengan enjin 321cc (2-Cylinder, Liquid-cooled, 4-stroke, 4-valves, DOHC) dan sistem transmisi enam kelajuan, dengan kuasa maksimum 41ps @ 10,750rpm 29.5Nm @ 9,000rpm. Dengan berat keseluruhan 170 kg, model tersebut menawarkan tangki bahan api dengan kapasiti penuh 14 liter.
Yamaha YZF-R3 2022 seterusnya dilengkapi sistem lampu LED sepenuhnya, paparan panel meter digital LCD, fork depan USD, sistem brek cakera dengan ABS, tayar depan dan belakang 110/70-17 dan 140/70-17, serta ketinggian tempat duduk 780 mm. Untuk pasaran Taiwan, harganya adalah sebanyak TWD 270,000, bersamaan RM 39,786.84.
Galeri : 2022 Yamaha YZF-R3 (Taiwan)
Galeri : 2022 Yamaha YZF-R3 (Europe)