Pada tarikh 10hb. Mac 2022 baru-baru ini, Suzuki Malaysia Sdn. Bhd. secara rasminya melancarkan sebuah model naked terbaharu Suzuki GSX-S150 2022. Model berkenaan tampil dalam dua pilihan warna iaitu Aura Yellow / Pearl Brilliant White dan Metallic Titan Blue, manakala harga jualan asasnya ditawarkan sebanyak RM 10,289.00 sahaja.
Month: March 2022
Kelajuan maksimum @ top speed Suzuki Raider R150 Fi 2022 mencecah 177 km/j di atas mesin dyno
Model moped terhangat Suzuki Raider R150 Fi 2022 baru saja dilancarkan di pasaran Malaysia baru-baru ini. Berdasarkan pemerhatian melalui laman sosial Facebook, ramai peminat yang sudah tidak sabar-sabar untuk melihat berapakah kelajuan maksimum @ top speed sebenar model moped tersebut sewaktu ianya ditunggang di atas jalan raya.
BMW G 310 R versi China kini di pasaran, harga RM 9,390.41
Model naked BMW G 310 R mula berada di pasaran antarabangsa secara rasmi mulai tahun 2018. Pada penghujung 2020, generasi kedua model berkenaan diperkenalkan, tampil dengan beberapa perubahan terkini, termasuk enjin yang patuh piawaian Euro 5. Pada Ogos 2021 pula, BMW G 310 R 2021 telah pun dilancarkan di pasaran Malaysia.
Skuter elektrik Yamaha NEO’s 2022 diperkenalkan di pasaran Eropah, harga bermula dari RM 16,608.00
Yamaha baru-baru ini memperkenalkan sebuah model skuter elektrik terbaharu untuk pasaran Eropah, yang didatangkan dalam dua pilihan warna menarik iaitu Milky White dan Midnight Black. Bakal berada di beberapa pasaran Eropah terpilih mulai Mei 2022 akan datang, harga jualannya bermula dari £ 3,005.00, bersamaan RM 16,608.00.
Keeway Cafe Racer 152 2022 versi facelift terbaharu kini di pasaran Malaysia, harga asas RM 6,888.00
Model retro Keeway Cafe Racer 152 2022 versi facelift terbaharu kini telah pun berada di pasaran Malaysia, dengan harga jualan asas sebanyak RM 6,888.00. Model tersebut didatangkan dengan tiga skim pilihan warna yang menarik iaitu hijau, hitam dan merah, serta mempunyai penampilan terkini yang lebih menyerlah berbanding versi terdahulu.
GPX Legend 250 Brighton 2022 dilancarkan di pasaran Jepun, terhad 150 unit, harga bersamaan RM 19,161.19
Untuk pasaran Jepun, GPX Thailand melalui anak syarikat GPX Japan Co., Ltd. baru-baru ini telah melancarkan sebuah model kapcai iaitu GPX POPZ 110 2022. Selain itu, syarikat tersebut pada masa yang sama turut melancarkan sebuah lagi model terbaharu untuk pasaran Jepun, iaitu GPX Legend 250 Brighton 2022 yang tampil bergaya klasik.






