Selain daripada model Honda SH125i 2022, pasaran Eropah turut ditawarkan satu lagi versi dengan enjin yang lebih besar iaitu Honda SH150i 2022. Kedua-dua model skuter berkenaan mempunyai spesifikasi teknikal dan ciri-ciri yang sama, kecuali perbezaan di bahagian kapasiti enjin dan janaan kuasa, grafik logo di sisi badan dan jumlah berat.
Month: March 2022
Klon model moped Honda Winner X muncul di pasaran China
Honda Winner X di pasaran Vietnam dan Honda RS-X di pasaran Malaysia merupakan sebuah model moped 150cc yang mempunyai ramai peminat. Oleh kerana popularitinya yang begitu tinggi, akhirnya kini sudah terdapat model klon Honda Winner X di pasaran China. Penampilannya sangat mirip, namun mempunyai beberapa perbezaan ketara.
Yamaha YZF-R3 2022 di pasaran Taiwan terima perubahan terkini di bahagian ekzos dan lampu signal
Yamaha Motor Taiwan pada beberapa hari yang lepas telah memperkenalkan Yamaha YZF-R3 2022 terbaharu, yang kini tampil dengan dua perubahan terkini. Pertama, ianya melibatkan muffler ekzos yang telah direka lebih panjang dan menjadikannya kelihatan lebih langsing, termasuk menerima cover tambahan di bahagian atas dan sisinya.
Honda SH125i 2022 terima dua pilihan warna terbaharu di pasaran Eropah
Pada bulan November 2021 yang lepas, Honda SH125i 2022 diperkenalkan di pasaran Eropah. Model skuter tersebut kini tampil dengan dua pilihan warna terbaharu Mat Rock Gray dan Mat Pearl Cool White, yang turut ditawarkan bersama-sama tiga pilihan warna terdahulu Pearl Nightstar Black, Timeless Gray Metallic dan juga Pearl Splendor Red.
Yamaha XMAX 300 2022 dilancarkan di pasaran Thailand, harga bersamaan RM 22,447.94
Skuter maxi terbaharu Yamaha XMAX 300 2022 rasmi dilancarkan di pasaran Thailand baru-baru ini, dengan harga jualan sebanyak THB 179,000, bersamaan RM 22,447.94. Empat pilihan warna yang ditawarkan untuk model tersebut ialah Dark Green, Redline, Milky White dan Icon Blue, di samping gabungan rim berwarna emas, hitam dan biru.
Honda CG125 Special 2022 di pasaran China, harga jualan bersamaan RM 4,941.34
Untuk pasaran China, Wuyang-Honda Motorcycle pada bulan Februari yang lepas telah melancarkan model retro Honda CG125 Special 2022. Model berkenaan hanya tersedia dengan skim warna tunggal biru dan putih sahaja, dengan harga jualan yang ditawarkan sebanyak CNY 7,480.00, bersamaan RM 4,941.34 sahaja mengikut kadar semasa.






