Longjia VMAX 250 2022 di pasaran China, enjin 244cc dengan kuasa maksimum 24.13hp

Salah sebuah model skuter terbaharu yang bakal dilancarkan secara rasmi di pasaran China ialah Longjia VMAX 250 2022. Model tersebut dikuasakan enjin berkapasiti 244cc dengan keluaran kuasa maksimum 18 kW (24.13hp). Beratnya menurut maklumat awal dikatakan mencapai 159 kg, manakala kelajuan maksimumnya mencecah 120 km/j.

Apa yang menariknya mengenai model ini ialah saiznya tidaklah sebesar mana, malah boleh dibandingkan dengan model skuter popular Yamaha NVX V2 2021 yang ketika ini ditawarkan di pasaran Malaysia. VMAX 250 mempunyai saiz ukuran 1950mm x 800mm x 1220mm, manakala NVX V2 mempunyai saiz ukuran 1,980mm x 700mm x 1,150mm.

Di bahagian roda, Longjia VMAX 250 menggunakan tayar yang berukuran 110/70-R13 dan 130/70-R13, sementara Yamaha NVX V2 menggunakan tayar bersaiz 110/80-R14 dan 140/70-R14. Setakat ini harga Longjia VMAX 250 masih belum diketahui, dan jika harganya berpatutan, model skuter dalam segmen 250cc ini pastinya sangat berbaloi.

Jika diperhatikan kepada dua keping gambar di bawah, perbezaan di antara dua model yang ditunjukkan itu hanya melibatkan carrier belakang sahaja. Adakah model skuter ini akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia nanti? Untuk peminat skuter tempatan yang mahu memiliki sebuah skuter kompak yang berkuasa, model ini mungkin bersesuaian.

Sumber : inf.news