Galeri : Honda Winner X 2022 di pasaran Vietnam

Honda Winner X 2022 akhirnya rasmi dilancarkan di pasaran Vietnam kelmarin, dalam tiga varian iaitu Standard Version, Special Version dan Sports Version. Untuk gambaran lebih jelas, di sini penulis siarkan galeri gambar-gambar menarik model moped tersebut, untuk rujukan semua peminat motosikal tempatan, termasuk pemilik Honda RS-X 2021.

Walaupun Honda Winner X 2022 masih mengekalkan enjin 150cc dan belum dilengkapi enjin 160cc, model moped yang amat dinanti-nantikan itu tetap tampil dengan beberapa perubahan terkini yang menarik. Antaranya ialah gaya rekaan terbaharu pada bahagian kepala, dada, badan, sisi dan under cowl, untuk prestasi aerodinamik yang lebih baik.

Malah lebih dari itu, Honda Winner X 2022 turut dilengkapi beberapa ciri terbaharu yang lebih memudahkan, seperti sistem Honda Smart Key, port pengecas USB dan rantai O-ring yang tahan lebih lama dan menjimatkan masa penyelenggaraan. Sistem ekzos pula turut tampil dengan gaya rekaan baharu yang sporty, dalam warna hitam sepenuhnya.

Namun apa yang membuatkan kebanyakan peminat Honda Winner X 2022 dan Honda RS-X 2021 merasa agak kehairanan ialah kenapa kedua-dua model berkenaan tampil dengan gaya rekaan dan spesifikasi yang berbeza, sedangkan selang masa pelancaran kedua-dua model itu sebelum ini tidaklah terlalu lama, sekitar hanya dua bulan sahaja.

Adakah Honda Japan memberikan kebebasan sepenuhnya kepada Honda Vietnam dan Boon Siew Honda untuk mengeluarkan versi Honda Winner X dan Honda RS-X mereka sendiri? Kenapa tidak hanya satu versi model sahaja yang dilancarkan untuk pasaran Vietnam dan juga Malaysia? Nampaknya semua persoalan itu kekal menjadi misteri.

Sumber gambar : Motosaigon.vn, Zingnews.vn, Autopro.com.vn, Vnexpress.net, Moto Shop CT FB & Ngoisao.net