Di pasaran Filipina, Euro Motor menawarkan pelbagai model motosikal menarik, salah satu daripadanya ialah Euro Motor Vperman 150 2021. Model moped berkenaan tampil mirip model Honda Sonic 150R, dan dikuasakan enjin empat lejang bersesaran 149cc dengan sistem karburetor, sejukan udara, kotak gear lima kelajuan dan klac manual.
Euro Motor Vperman 150 menawarkan kuasa enjin maksimum 12hp @ 9,000rpm, dan tork maksimum 10Nm @ 7,500rpm. Model berkenaan seterusnya dilengkapi fork depan teleskopik, suspensi belakang monoshock, sistem brek cakera depan dan belakang, saiz tayar 90/70-R17 (depan) dan 110/80-R17 (belakang), dan berat kering 117 kg.
Antara ciri menarik yang turut melengkapinya ialah panel meter digital dan lampu depan yang terang. Untuk pasaran Filipina, Euro Motor Vperman 150 2021 ini ditawarkan pada harga jualan ₱ 55,800.00, iaitu bersamaan RM 4,621.85 mengikut kadar tukaran mata wang semasa. Pilihan warna yang boleh didapati ialah Merah, Hijau, Biru dan Hitam.