Model baharu Modenas akan dilancarkan esok, hampir pasti ianya Modenas Dominar 400 2021

Modenas baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah model motosikal terbaharu pada tarikh 10hb. September 2021 (Jumaat), pada jam 8.00 malam. Melalui paparan imej teaser terkini yang disiarkan seperti di atas, adalah hampir pasti model yang akan dilancarkan itu ialah Modenas Dominar 400 2021 terbaharu.

Di pasaran tempatan ketika ini, Modenas Dominar 400 2020 ditawarkan dengan harga jualan sebanyak RM 13,788.00. Bagi model versi 2021, tidak pasti sama ada harganya akan dinaikkan, kerana model terbaharu itu telah menerima beberapa naik taraf terkini yang lebih menarik, anda boleh mendapatkan maklumatnya melalui artikel di sini.

Untuk peminat motosikal dalam segmen sports tourer dan mempunyai hobi menjelajah atau melakukan pengembaraan jarak jauh, Modenas Dominar 400 2021 ini merupakan salah sebuah model motosikal yang sesuai. Ini kerana model tersebut kini hadir dengan enjin yang lebih berkuasa, lebih laju, dan kekal dengan ciri tunggangan yang selesa.

Di pasaran India, Modenas Dominar 400 2021 ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Aurora Green dan Vine Black. Jadi kita boleh menjangkakan dua pilihan warna itu akan turut ditawarkan di pasaran Malaysia. Untuk maklumat selanjutnya yang lebih tepat dan lebih lengkap, sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi model itu pada malam esok.