Dalam bulan April 2021 yang lalu, Benelli telah melancarkan model sport bike terbaharu Benelli Tornado 302R 2021 untuk pasaran China. Dan kini pada kelmarin, Benelli telah melancarkan varian model yang hampir serupa iaitu Benelli Tornado 252R 2021 khusus untuk pasaran China, yang kini dilengkapi sesaran enjin yang lebih kecil iaitu 249cc.
Month: August 2021
Suzuki Katana 2021 di pasaran Malaysia, harga RM 77,989.00
Suzuki Malaysia baru saja memperkenalkan enam buah model terbaharu di pasaran tempatan, dan salah satu daripadanya ialah Suzuki Katana GSX-S1000S 2021. Jentera naked itu sebelum ini diperkenalkan buat pertama kalinya di pasaran Malaysia pada Mei 2019 oleh Suzuki Assemblers Malaysia, dengan harga jualan asas RM 84,500.00.
Zontes ZT155 2021 dengan enjin 155cc kini diumumkan bakal masuk ke pasaran Malaysia tidak lama lagi
Ada berita baik dari Zontes Malaysia, apabila syarikat tersebut secara rasminya telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan model terbaharu iaitu Zontes ZT155 2021. Namun tidak dapat dipastikan model yang mana satu, sama ada versi naked atau pun versi adv @ scrambler. Mungkin juga kedua-dua versi akan dilancarkan serentak.
Kapcai Lifan Oriol 110 2021 di pasaran Amerika Selatan
Di pasaran benua Amerika Selatan, Lifan menawarkan pelbagai jenis model motosikal. Salah satu daripadanya ialah model kapcai Lifan Oriol 110 2021, tampil dalam beberapa pilihan warna yang menarik. Spesifikasi yang melengkapi model itu juga memuaskan, di samping rekaannya yang sederhana namun sporty, dan semestinya kekal praktikal.
Zontes Z2-125 2021 diperkenalkan di pasaran Eropah, model naked terbaharu dengan enjin 125cc bertaraf Euro 5
Dalam bulan Januari 2021 yang lepas, Zontes dengan rasminya telah memperkenalkan sebuah model naked terbaharu untuk pasaran Eropah. Dikenali sebagai Zontes Z2-125, model tersebut tersedia dalam dua pilihan warna biru dan hitam, serta dikuasakan enjin bersesaran 125cc (single cylinder, DOHC, 4 valves, liquid cooled) yang bertaraf Euro 5.
Suzuki Smash Fi Next Edition 2021 kini tampil lebih sporty untuk pasaran Thailand
Untuk pasaran Thailand, Suzuki baru saja melancarkan versi terbaharu Suzuki Smash Fi yang kini tampil lebih sporty dan segar, dikenali dengan nama Suzuki Smash Fi Next Edition 2021. Model kapcai tersebut boleh didapati dalam empat pilihan warna menarik seperti Signature Blue, White Burgundy, Kabuki Black dan juga Thunder Smoke.






