Sundiro Honda baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka bakal melancarkan sebuah model terbaharu dalam segmen adventure untuk pasaran China. Buat masa ini nama model tersebut telah pun didedahkan iaitu Honda CRF190L 2022, bersama-sama beberapa keping imej teaser yang disiarkan di dalam laman sesawang rasmi mereka.
Melihat kepada gambar-gambar teaser itu, Honda CRF190L 2022 dibangunkan sebagai sebuah model adventure dengan keupayaan off-road yang tinggi. Rekaan lampu depan pada model berkenaan antara yang menonjol, apabila ianya tampil dengan gaya rekaan menegak. Penampilan keseluruhan model itu pula dijangka sporty dan kelihatan gagah.

Tarikh pelancaran rasmi Honda CRF190L 2022 masih belum diumumkan, namun pihak Sundiro Honda mengatakan bahawa ianya bakal dilancarkan dalam musim luruh akan datang, bermakna antara bulan Oktober sehingga Disember 2021. Sangat menarik jika model ini akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia nanti, namun dirasakan mustahil.
Sumber : jddmoto.com





