Web Analytics
WMoto Malaysia akan melancarkan WMoto Xtreme 250 2022 pada tahun depan, skuter ADV dalam kelas 250cc – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

WMoto Malaysia akan melancarkan WMoto Xtreme 250 2022 pada tahun depan, skuter ADV dalam kelas 250cc

Kira-kira seminggu yang lepas, Arena Motosikal telah mendapat makluman mengenai model terbaharu WMoto Xtreme 250 2022, yang bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada tahun depan. Pada masa yang sama, Arena Motosikal telah menyiarkan gambar-gambar menarik sebuah model skuter ADV terbaharu, seperti dalam galeri di bawah.

Hari ini, WMoto Malaysia melalui siaran akhbar rasmi telah pun mengesahkan bahawa model skuter kembara WMoto Xtreme 250 2022 ketika ini sedang menjalani ujian jalan raya, untuk mendapatkan kelulusan VTA (Vehicle Type Approval) daripada JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia). Gaya rekaannya adalah seperti mana gambar di atas.

WMoto Xtreme 250 2022 akan dilengkapi enjin dalam kelas 250cc, agar model tersebut dapat mencakupi pasaran yang lebih luas melalui pemilik lesen B2, tanpa perlu menaik taraf lesen. Spesifikasi dan ciri-ciri yang bakal ditawarkan olehnya begitu impresif, dan ianya dipercayai akan mampu menarik perhatian ramai peminat skuter ADV tempatan.

 
Arena Motosikal © 2023