MV Agusta baru-baru ini memperkenalkan model terbaharu MV Agusta F3 Rosso 2021, yang didatangkan dalam pilihan warna tunggal Ago Red. Harga jualannya di pasaran Eropah bermula dari 16,400 Euro, bersamaan RM 82,787.13 mengikut kadar semasa.
MV Agusta F3 Rosso dikuasakan enjin bersesaran 798cc (three cylinder, 4 stroke, 12 valve. DOHC), dan dipadankan transmisi enam kelajuan dengan teknologi MV EAS 3.0 (Electronically Assisted Shift Up & Down). Enjin berprestasi itu menghamburkan kuasa maksimum 147hp @ 13,000rpm dengan tork maksimum 88Nm @ 10,000rpm.
Beralih ke bahagian suspensi, ianya merupakan gabungan di antara fork depan jenis terbalik Marzocchi 43 mm dan monoshock di bahagian belakang dengan ciri pelarasan prabeban. Sistem brek Brembo dengan ABS menjanjikan tahap keselamatan yang lebih unggul, melengkapi roda depan dan belakang yang bersaiz 120/70-17 dan 180/55-17.
MV Agusta F3 Rosso dilengkapi tangki bahan api dengan kapasiti maksimum 16.5 liter. Berat model tersebut ialah 173 kg (dry weight). Dengan enjin yang kini patuh piawaian Eiro 5, ianya dikatakan mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 240 km/j.