Selepas memperkenalkan Honda Winner X 2020 pada bulan Ogos tahun lepas, Honda Vietnam kelmarin memperkenalkan pula Honda Winner X Limited Edition 2021. Model moped dengan enjin 150cc yang berprestasi itu tampil dalam satu skim pilihan warna tunggal yang menggabungkan tiga warna sensasi iaitu Hitam, Merah dan Kelabu.
Untuk pasaran Vietnam, Honda Winner X Limited Edition 2021 ditawarkan pada harga sebanyak VND 45,990,000, bersamaan nilai RM 8,297.69 sahaja. Ianya tidak dilengkapi sistem brek ABS, oleh itu harga yang ditawarkan adalah lebih rendah berbanding varian Honda Winner X lain yang dilengkapi sistem brek ABS, seperti dalam senarai berikut :
Harga Honda Winner X 2021 di pasaran Vietnam
- Track Version (ABS) : VND 49,990,000
- Matte Black Version (ABS) : VND 49,490,000
- Camo Version (ABS) : VND 48,990,000
- Sport Version (ABS) : VND 48,990,000
- Sport Version (Normal Brake) : VND 45,990,000
- Limited Edition (Normal Brake) : VND 45,990,000
Honda Winner X Limited Edition 2021 masih mengekalkan spesifikasi teknikal sama seperti model sebelumnya, iaitu dikuasakan enjin 150cc (PGM-FI, 4-stroke, DOHC, 4-valve, single-cylinder, liquid-cooled) dengan transmisi enam kelajuan. Keluaran kuasa maksimumnya mencapai paras 15.4hp @ 9,000rpm dengan tork 13.5Nm @ 6,500rpm.
Model tersebut akan berada di pasaran Vietnam secara rasmi mulai tarikh 07hb. April 2021, dengan jaminan yang diberikan adalah selama tempoh 3 tahun atau 30,000 km. Untuk pasaran Malaysia, Honda Winner X dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi. Adakah pilihan warna Limited Edition yang sporty seperti ini akan turut ditawarkan?
Sumber gambar : Honda Motor Vietnam & The Gioi Moto FB