Boon Siew Honda kelmarin memperkenalkan Honda Wave 125i 2021, yang kini tampil dengan tiga pilihan warna terbaharu yang dikenali dengan nama Extravagant Gold Metallic, Candy Scintillate Red dan Pearl Nightfall Blue. Harga jualan asas untuk model tersebut ialah RM 6,449.00, dengan 2 tahun jaminan atau 20,000 km jarak perbatuan.
Honda Wave 125i 2021 dilengkapi enjin 124.89cc (Single Cylinder, Air Cooled, SOHC 4-Stroke 2 Valve) dengan teknologi PGM-FI (Programmed Fuel Injection) dan kotak gear empat kelajuan. Enjin yang mematuhi piawaian emisi Euro 4 itu menghasilkan kuasa maksimum sebanyak 9.1hp @ 7,500rpm dengan tork maksimum 10.1Nm @ 5,000rpm.
Didatangkan dengan tema “Kemuncak Utiliti”, Honda Wave 125i 2021 menawarkan ruang utiliti seluas 18 liter di bawah tempat duduknya, yang boleh memuatkan sebuah topi keledar. Ciri-ciri menariknya yang lain termasuklah kapasiti maksimum tangki bahan api 5.4 liter, lampu depan LED dan brek cakera di bahagian roda depan dan belakang.
Berdasarkan maklumat terbaharu yang disiarkan oleh Boon Siew Honda, Honda Wave 125i 2021 kini tidak lagi ditawarkan dalam versi brek cakera depan tunggal (Single Disc-Brake), sebaliknya hanya varian dua brek cakera (Double Disc-Brake) sahaja yang ditawarkan. Jadi apa pendapat anda mengenai kehadiran Honda Wave 125i 2021 ini?
Sumber gambar : Paultan
Artikel berkaitan :