Victory Flow 125 model tahun 2020 ini merupakan salah sebuah model kapcai yang ditawarkan di rantau Amerika Selatan. Ianya dikuasakan enjin bersesaran 124.7cc (4-stroke, single-cylinder, air-cooled) dengan sistem penyampaian bahan api karburetor, dan menjana kuasa sehingga 8.7hp @ 8,000rpm dengan tork 8.7Nm @ 6,000rpm.
Sistem transmisinya ialah empat kelajuan, dengan penghidup enjin jenis tendang dan juga elektrik. Tangki bahan apinya mempunyai kapasiti maksimum 3.7 liter. Sistem suspensinya terdiri daripada fork depan teleskopik dan penyerap hentak belakang jenis berkembar. Sistem breknya ialah cakera di bahagian depan dan dram di belakangnya.
Victory Flow 125 menggunakan tayar berukuran 17 inci, mempunyai ketinggian tempat duduk 750 mm dan beratnya ialah 100 kg (net weight). Antara ciri-ciri menariknya ialah enjin dengan balancer untuk mengurangkan getaran, panel meter analog dan digital, dan sistem audio bersepadu dengan Radio, Bluetooth, USB dan dua pembesar suara.