Honda Vario 150 atau juga dikenali dengan nama Honda Click 150i, merupakan salah sebuah model skuter popular di pasaran ASEAN. Antara kelebihan model tersebut ialah reka bentuknya yang sporty dan harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan.
Oleh kerana popularitinya, Honda Vario 150 turut ditawarkan di pasaran China, dalam versi klon. Berdasarkan pemerhatian, Honda Vario 150 versi klon di pasaran China kini ditawarkan oleh banyak syarikat pengeluar motosikal dengan rekaan hampir sama.
Pilihan enjin yang boleh didapati pula ialah sama ada 125cc atau 150cc, sama seperti Honda Vario dan Honda Click yang turut didatangkan dengan pilihan enjin 125cc dan 150cc. Panel meter digital dan lampu LED antara ciri-ciri standard yang dibekalkan.
Adalah tidak menghairankan jika model Honda Vario 150 versi klon buatan China ini ditawarkan di pasaran Malaysia suatu hari nanti. Jika pemasangannya adalah berkualiti, harga berpatutan dan alat ganti mudah didapati, model ini bakal mendapat sambutan.